Ibrah Perkampungan Tarbiyah

بسم الله الرحمن الرحيم 


 Ù±Ù„ْØ£َØ®ِÙ„َّآءُ ÙŠَÙˆْÙ…َئِذٍۭ بَعْضُÙ‡ُÙ…ْ Ù„ِبَعْضٍ عَدُÙˆٌّ Ø¥ِÙ„َّا ٱلْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ù¦Ù§

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Surah Az-Zukhruf 43:67



السلام عليكم buat semua! 

Suka lah saya untuk memulakan tulisan ini dengan mentadabburi sepotong ayat daripada Al-Quran tentang pentingnya menjadi seorang sahabat yang bertaqwa dan bersahabat dengan orang bertaqwa. 


Secara peribadinya, sebelum mendapat kefahaman tarbiyyah yang sebenar saya sering berhadapan kendala bersama rakan sejak di bangku sekolah. Saya sering menyendiri dan lebih memilih untuk buat kerja berseorangan. Saya pernah dibuli oleh kawan sewaktu di sekolah rendah dan peristiwa ini membuatkan saya sedikit trauma untuk berkawan. 


Saya masih dalam proses untuk mengenali dan mencari rakan yang saling bertukar manfaatnya. 
Semangnya dalam jalan tarbiyyahlah saya menemuinya, saya memahaminya dan saya menghargai persahabatan yang bakal membawa ke syurga. Persahabatan yang saling mengingatkan kita kepada 
الله Yang Maha Esa.


Katibah Abu Ubaidah, saya menjumpai sahabat yang punya tujuan yang sama. Menjadi abid dan khalifah bersama. Semangnya tidak mudah. Kami perlu menjaga ukhwah, kena menguatkan ukhwah dan memastikan terpelihara ukhwah.


Buat katibah Abu Ubaidah, Jazakillah kerana mempercayai saya sebagai Mas'ulah.
Terima kasih atas kerjasama bila serumah. Terima kasih kerana tak mengeluh walau lelah.
 Moga kita akan terus membesar bersama dalam dakwah dan tarbiyyah.
 Allahumma Amin.


Ulasan

Catatan Popular